Breaking News
Loading...

SISTEM PENCERNAAN MANUSIA

Share on Google Plus

Makanan yang dimakan memberikan tenaga yangdiperlukan. Ia membekalkan bahan-bahan yang diperlukan oleh badan untuk tumbesaran.Makanan terdiri daripada banyak bahagian.Sebahagian penting kepada badan dan sebahagian tidak.Bahagian yang penting dinamakan NUTRIEN / ZAT MAKANAN manakala yang lainnya dinamakan HAMPAS.

JENIS NUTRIEN

Karbohidrat = roti dan kentang
Protien= daging dan keju
Lemak = mentega dan minyak

Pemecahan Nutrien

Melalui 2 cara MEKANIKAL dan KIMIA.







KELENJAR LIUR 

Sistem pencernaan merupakan satu saluran yang panjang dalam badan anda. Mulut anda merupakan permulaan saluran tersebut. Bahan-bahan makanan mula dipecahkan apabila anda menggunakan gigi untuk mengunyah butir-butir makanan yang besar menjadi butir-butir yang lebih kecil. Penyungahan dan pengisaran makanan oleh gigi anda merupakan bahagian pencernaan mekanikal.

Pencernaan secara kimia juga bermula dalam mulut. Tiga set  KELENJAR LIUR mengeluarkan sejenis jus khas yang dinamakan AIR LIUR. Air liur mengandungi bahan kimia yang memecahkan karbohidrat.


ESOFAGUS 

 

Selepas mengunyah makanan, lidah akan membentuk kepada bebola lalu menolaknya ke belakang mulut. Apabila anda menelannya, bebola makanan itu akan tertolak ke bawah ke dalam satu saluran yang dinamakan ESOFAGUS(ESOPHAGUS). Saluran ini menghubungkan mulut dengan perut anda.

You Might Also Like

0 ulasan

About me

Like us on Facebook