Breaking News
Loading...

Khasiat Buah Tin

Share on Google Plus






Terkandung didalam surah At-Tin dimana Allah telah bersumpah
di atas nama buah tin
dan buah zaitun . Apakah keistimewaan buah tin dan zaitun ini
sehinggakan Allah bersumpah diatasnya? Ada beberapa hadis
 dan riwayat yang menerangkan tentang fadhilat dan kelebihan
buah-buah ini.

Diantara kelebihan buah tin:

Riwayat dari Abu Zar r.a. bahawa Nabi SAW dihadiahkan satu
 bekas buah tin.Lalu Nabi SAW mengajak
sahabat-sahabatnya makan.Nabi pun turut sama makan.
Kemudian baginda SAW bersabda
:”Kalau aku perkatakan tentang buah yang diturunkan
 dari syurga,
 nescaya aku katakan inilah dia. Kerana buah-buahan
 syurga tidak berbiji.
 Oleh itu makanlah buah ini. Sesungguhnya dia 
menghentikan penyakit buasir, 
serta bermanfaat untuk sakit-sakit badan.”
Sesetengah ahli tafsir menerangkan bahawa Allah
 bersumpah
dengan buah tin kerana dengan buah inilah yang
menjadi penutup
aurat Nabi Adam dan Hawa di dalam
Syurga sewaktu Allah singkap
 aurat kedua-duanya selepas memakan buah
 larangan dalam Syurga.


Buah teen kering mengandungi kurang air
dibandingkan dengan buah teen
 yang segar iaitu lebih kurang 23%.
 Buah tin kering juga membekalkan
enam kali lebih banyak kalori daripada
 buah yang segar.
Pengeringan buah teen mengakibatkan
pemekatan nutrisi
didalamnya yang mana ianya menjadi
 lebih kaya dengan protin,
lemak, karbohidrat. vitamin dan mineral
terutamanya kalsium,
 zat besi dan potasium.
Kandungan sodiumnya pula sangat rendah.







Nilai nutrisi didalam buah tin kering:

Nutrisi
Protin gm4.3
Lemak gm1.3
Mineral gm2.4
Serat gm5.6
Karbohidrat gm63.4
Tenaga kcal274
Kalsium mg126
Forforus mg77
Zat besi mg3
Vitamin C mg1



KHASIAT BUAH TIN


Buah ini dapat menyembuh beberapa jenis penyakit,antaranya ialah:



  • Penyakit Buasir
  • Sakit-sakit dan bengkak-bengkak badan
  • Batuk yang berpanjangan
  • Melawas kencing

You Might Also Like

0 ulasan

About me

Like us on Facebook