Breaking News
Loading...

Khasiat Buah Durian

Share on Google Plus


Durian Belanda merupakan buah - buahan hutan tropikal yang jatuh dalam kategori buahan tempatan dan banyak di dapati di negara Malaysia kita. Namun tidak seperti namanya, buah ini bukan berasal dari Belanda ( pelik kan?, macam mana boleh dapat nama ni! ) sebaliknya ia boleh didapati disekitar utara negara Amerika Selatan, Amerika Tengah, di Carribean dan Mexico. Selain itudurian Belanda juga dikenali sebagai Soursop di dalam Bahasa Inggeris.
Mengikut pencarian maklumat di internet, durian Belanda atau Soursop mempunyai khasiat yang bagus untuk melawan kanser. Dimana mengikut kajian saintis perubatan kanser di UK ianya adalah berkali ganda lebih baik dari mendapatkan rawatan kemoterapi!.
Melalui artikel yang dipaparkan di laman utama kajian tersebut menyatakan masyarakat di Afrika danAmerika Selatan menggunakan durian Belanda untuk merawat parasit, sakit sendi serta kemurungan. Jika dilihat dari kandungan nutrisi, durian Belanda Soursop, Graviola ) mengandungi Vitamin C, B1, B12, Kalsium, Iron, Serat dan Protein, dimana kesemua nutrisi ini adalah penting untuk menjamin kesihatan tubuh secara menyeluruh.
Mari kita lihat antara faedah yang boleh diperolehi dari buah durian Belanda ini, pertamaya daun pokok buah durian Belanda boleh merawat luka luar tubuh, dan membuang kutu di kepala dan pepijat di tilam atau bantal. Keduanya jus durian belanda ini dapat merawat uretritis, hematuria penyakit berkaitan hati dan juga kusta!.
Seterusnya, isi durian belanda ini boleh mempercepatkan proses penyembuhan luka manakalaair rebusan pucuk muda durian belanda dapat merawat masalah hempedu, batuk, selsema, cirit - birit, demam dan juga masalah ketidakcernaan perut serta air rebusan daunnya turutmembantu dalam mengurangkan bengkak kaki dan keradangan.
Daun buah durian Belanda turut digunakan untuk merawat masalah kulit, selain dari kulit akarnyaboleh merawat keracunan dan bunganya dapat meringankan selsema. Terakhirnya, biji buah durian Belanda berupaya untuk merawat anda yang selalu muntah - muntah.

You Might Also Like

0 ulasan

About me

Like us on Facebook