Breaking News
Loading...

BAHAN KIMIA


Terdapat banyak jenis bahan kimia yang merbahaya yang sering digunakan dalam makmal sains sekolah pada masa ini.  Antaranya ada yang mudah terbakar, mengkakis, beracun, mudah meletup dan kesan-kesan lain yang mempunyai gabungan bahaya tersebut di atas.  
Pelajar-pelajar hendaklah membasuh tangan selepas menjalankan ujikaji dengan penggunaan bahan kimia.  
Jika pipet digunakan untuk mengukur isipadu larutan bahan kimia, pengisi pipet hendaklah digunakan untuk untuk menyedut keluar larutan.  Jangan sedut dengan mulut.  
Mesti berhati-hati serta cermat bila menggunakan bahan-bahan kimia yang berlabel RACUN.  
a)         Pepejal Yang Mudah Terbakar  
            Logam natrium dan kalium hendaklah disimpan terendam sepenuhnya didalam minyak (kerosen atau minyak tanah) dan terletak jauh daripada larutan berair. Fosfur (kuning) mestilah disimpan sepenuhnya didalam  air dan jangan  dibiarkan menjadi  kering.
Pemyimpanan ketiga-tiga bahan ini hendaklah diperiksa selali untuk menentukan  bahawa ia terendam sepenuhnya didalam air. (Fosfus kuning tidak digalakkan penggunaanya di sekolah.)  
Bahan pengoksida yang kuat(misalnya klorat,perklorat, nitrat, permanganat peroksida, asid nitrik)mestilah disimpan berjauhan daripada bahan-bahan yang mudah teroksi dan jangan diletakkan di atas kertas di atas bagku makmal.  
Jadual di bawah menunjukkan beberapa pepejal yang mudah terbakar dengan kesan merbahaya, penyimpanan dan pembuangan masing-masing.  
Bahan Kimia
Kesan-Kesan Merbahaya
Penyimpanan dan Pembuangan
Catatan
Litium,
Natriun,
Kalium





Serbuk Magnesium, Aluminium, Zink dan Ferum

Sulfur







Fosfurus Kuning





Fosfurus triklorida, Silikon tetraklorida, Aluminium
klorida
bertindak balas dan meletup dengan air

Bertindak balas dengan cergas dengan tetraklorometana


Mudah terbakar dan terbakar denga cergas




Menghasilkan gas Sulfur yang beracun apabila dipanaskan
Membentuk campuran letupan dengan serbuk logam atau agen pengoksida seperti klorat

Membakar serta-merta apabila terdedah kepada udara




Bertindak balas dan meletup dengan air
Disimpan dalam parafin (kerosin)

Bertindak balas dengan etanol sebelum dibuang


Mesti dijauhkan daripada agen pengoksida seperti nitrat,klorat, perklorat dan peroksida

Mesti dijauhkan daripada agen peroksida





Mesti disimpan di dalam air





Fosfurus triklorida ialah cecair yang sangat beracun








Api Litium,Natrium dan kalium mesti dipadam dengan pemadam jenis serbuk


















Mesti dipotong di dalam air

Mesti digunakan dalam kuantiti kecil

Ujikaji mesti dilakukan di dalam almari wasap


b)         Cecair Mudah Terbakar
            Cecair mudah terbakar yang bayak seperti yang terdapat dalam botol Winchester hendaklah disimpan pada aras terbawah di dalam almari. Almari ini harus mempunyai ambang bagi mencecah cecair mengalir keluar dari botol yang pecah. Cecair ini haruslah disimpan dalam bekas yang terhindar dari bara api dan sumber elektrik kerana wap daripadanya boleh menyebabkan letupan.  
Cecair Winchester yang mudah terbakar tidak sepatutnya dibawa masuk ke dalam makmal. Sekiranya hendaklah membawa botol Winchester , jangan bawanya dengan tangan. Gunakan alat yang sesuai.  
Cecair tersebut mesti dipanaskan dengan menggunakan kukus air. Apabila  api digunakan dalam makmal, jangan gunakan karbon disulfida atau aseton.  
Jadual di bawah menunjukkan beberapa cecair yang mudah terbakar, serta takat kilat masing-masing.  
Bahan kimia
Takat Kilat /0C
Propana
Dietil eter
Dimetil eter
Karbon disulfida
Aseton
Sprit Petroleum
Metanol
Etanol
-104
-  45
-  41
-  30
-  18
-  17
    10
    12
c)         Bahan Kimia Yang Mengkakis  
            Bahan kimia yang bersifat mengkakis termasuk asid-asia pekat seperti asid nitrik, asid hidroklorik, asid sulfurik, asid etanoik. Asid metanoik, ammonia pekat, hidrogen peroksida pekat, metanol, fenol, cecair bromin, kalium manganat(VII) dan argentum nitrat. Bahan tersebut tidak boleh dibenarkan  menyentuh mana-mana permukaan badan kita. Kerja denga bahan-bahan kimia ini hendaklah dilakukan dalam almari wasap dengan memakai perlindungan mata serta srung tangan.  
Sekiranya sebahagian badan terkena bahan kimia mengkakis, bahagian tersebut hendaklah dibasuh di bawah air pili dengan segera. Selalunya jika melibatkan bahan kimia ini dengan bahan organik, kuantiti yang kecil sahaja digunakan.  
D)        Bahan Kimia Beracun  
            Satu senarai bahan kimia yang berracun dan penawar dan rawatan yangsepadan baginya hendaklah diadakan di dalam makmal.  
             Ujikaji dengan gan beracun mesti dilakukan dalam almari wasap untuk mengurangkan gas beracun terdapat dalam udara makmal.
            Hanya pengisi pipet yang boleh digunakan untuk menyedut keluar cecair yang beracun.  
            Seseorang yang menggunkan bahan kimia beracun mestimemakai perlindungan mata dan sarung tangan. Selepas ujikaji , tangan hendaklah dibasuh dengan segara.  
            Bahan-bahan kimia yang berikut mempunyai kesan yang  boleh memudaratkan:  
            i) ANILIN  mudah menyerap ke dalam mulut
            ii)BENZIN jika disedut sedikit-sedikit dalam tempoh masa yang agak lama, boleh menjadi racun. Ia juga boleh menyerap ke dalamkulit. Jika boleh ia mestilah digantikan dengan bahan yang kurang beracun misalnya, toluena,xyele.
            iii) WAP BROMIN adalah merbahaya kepada mata, hidung dan paru. Ia juga merbahaya bula bersentuhan dengan kulit.
            iv) KARBON DISULFIDA boleh menyerap ke dalam mulut dan wapnya sangat beracun. Ia sangat mudah terbakar dan mempunyai takat suhu nyala yang rendah.
            V) WAP KARBON TETRAKLORID adalah beracun dan boleh menyerap ke dalam kulit.
            Vi) KLOROFOM adalah beracun dan boleh menyerap ke dalam kulit.  
            Vii) HIDROGEN SULFIDA sama beracun seprti hidrogen sainid, tetapi ia bukanlah racun yan menokok. Ia mesti digunakan hanya dalam almari wasap sahaja.  
            Viii) RAKSA mesti dipanaskan hanya didalam almari wasap tetapi lebih baik lagi jika tidal dipanaskan langsung. Wapnya adalah sangat merbahaya.  
            ix) SULFIDA DIOKSODA adalah beracun.  
Penyimpanan bahan kima hendaklah mengikut peraturan-peraturan berikut:  
i) Semua botol bhan kimia mestilah dilabel dengan jelas dan label itu hendaklah diperiksa dari semasa kesemasa.

ii) Bahan kimia tidak sepatutnya disimpan di dalam makmal tetapi mestilah disimpan didalam stor bahan kimia yang udaranya bebas bersilih ganti. Rak menyimpan bahan ini mestilah berbibir untuk mencegah bahan kimia daripada menggelonsor jatuh.

iii) Cecair meruap dan lain-lain cecair yang merbahaya hendaklah  di simpan dalam stor yang khas. Ia mestilah mempunyai sebuah lubang untuk menempatkan mana-mana  cecair yang tumpah di dalam stor. Stor ini mestilah kalis api.

iv) Racun mestilah di simpan dalam almari yang berkunci di dalam stor. Penggunaan racun hendaklah direkodkan.  

vii) Di dalam makmal tidak sepatutnya disimpan  cecair yang lebih daripada 500 cm3. Bahan kimia yang tidak boleh digunakan lagi adalah merupakan sebagai sumber yang akan mendatangkan bahaya (misalnya letupan). Ia mestilan dibuang mengikut cara yang betul.  

            BAHAN RADIOAKTIF  
            a) Guru yang menggunakan sumber atau bahan radioaktif di dalam makmal sains sekolah hendaklah merupakan guru terlatih.  
            b) Pembelian dan pengendalian sumber radioaktif  
            Pembelian dan pengendalian sumber radioaktif mestilah mendapatkan kebenaran daripada Penolong Pengarah Matematik/Sains Negeri terlebih dahulu. 
            Jubah makmal hendaklah dipakai semasa menjalankan percubaan yang nelibatkan bahan radioaktif . Kerja yang menggunakan cecair hendaklah dijalankan di atas talam atau dulang. Selepas menjalankan percubaan,tangan hendaklah dibasuh dengan  sabun hingga bersih sebelum meninggalkan makmal.  
            Sumber radioaktif sentiasa dikendalikan dengan menggunakan pengepit dan jangan sekali-kali memegangnya dengan tangan. Penggunaan sumber cecair atau sumber lebih aktif tidak boleh dikendalikan dengan mulut (misalnya dalam penggunaan salur pipet dan botol basuh) dan tidak boleh dijilat labelnya. Sumber radioaktif janganlah sekali-kali dihampirkan dengan mata.  
            Bahan radioaktif mestilah diisi dalam bekas plumbum. Pemindahan bahan radioaktif mestilah dilakukan hanya oleh orang-orang tertentu yang bertanggunjawab baginya sahaja. Jika sumber tidak berskel di gunakan, maka sarung tanga getah hendaklah digunakan.  
Sisa-sia yang terdapat hendaklah dilupuskan mengikut peraturan yang ditentukan baginya ( lihat pelupusan).    

C) Penyimpanan
Sekolah tidak dibenarkan menyimpan lebih daripada 2 millicurie sumber terbuka dalam mana-mana bahagianya dalam satu masa dan lazimnya jumlah keaktifan sumber terbuka dan tertutup tidak dibenarkan melebihi 4 millicurie. Sumber terbuka mestilah TIDAK termasuk Strontium 90 atau mana-mana nuklid seperti Radium yang membebaskan zarah alfa.  
Semua bahan yang diluluskan penggunaanya hendaklah disimpan di dalam stor atau alamari bertanda dan berkunci dan Jabatan Bomba tempatan hendaklah diberitahu tentang adanya bahan-bahan tersebut di dalam simpanan sekolah berkenaan. Stor atau almari tersebut hendaklah terletak jauah daripada segala ruang yang diduduki secara kekal dan dosi yang dikeluarkan dari dalamnya hendaklah dikira atau disukat  serta ditanda padanya. Mana-mana dosi yang terdedah kepada tiap-tiap seorang itu mestilah tidak lebih daripada yang dibenarkan yakni dosi tahunannya tidak boleh lebih daripada 50 mr.  
Jika man-mana sumbernya hilang atau kecurian, maka pihak Polis Jabatan kimia dan Penolong Pengarah Matematik/Sains Negeri hendaklah diberitahu dengan serta merta.  
Semua sumber dan bekasnya hendaklah dilabelkan dengan terang dan bila tidak digunakan hendaklah disimpan dalam stor yang sesuai dan dikunci.  
D)        Kemalangan dalam Makmal  
            Bagi bahan lembab yang tumpah hendaklah digunakan kertas penyerap untuk memedapnya hingga kering. Dulang atau bekas mengisi bahan tumpah ini hendaklah dibasuh dengan sabun atau bahan-bahan pembasuh.  
            Apa-apa pencemaran di lantai, bagku atau lain-lain permukaan makmal hendaklah dibasuh dengan bersih dan diuji sifat keradioaktifannya. Pakaian yang tercemar hendaklah sama ada dihantar kepada orang yang layak dalam bidang tekniknya( seperti Pegawai Keselamatan Radioaktif Hospital) untuk dibersihkan secara khas atau dirawat dan dijadikan sisa pepejal.  
E)     Pelupusan  
            i)          Sumber tertutup  
                        Sumber yang tidak diperlukan hendaklah dikembalikan kepada pembekal  atau pembuatnya.Jika sumber tertutup itu disyaki merbahaya atau bocor,  pihak berkuasa yang berkenaan hendaklah diberitahu dengan serta-merta.  
            ii)         Sumber terbuka  
                        Sisanya hendaklah dilupuskan secepat yang mungkin melalui sink dan  dicurahkan denga air yang banyak atau dengan  membuangkannya ke dalam tong sampah seperti yang diperuntukkan. Pelupusab sisa pepejal mestilah tidak lebih daripada 10 mikrocurie seminggu. Bagi menumpukan perhatian tentang perlunya mengawal perlupusan sisa radioaktif , maka beakas bagi  mengisinya mestilah diuji supaya pencemaran secara tidak sengaja tidak  berlaku.  

  PELUPUSAN BAHAN SISA
a)   Gas
Gunakan almari wasap untuk membuangnya.  
B)   Cecair yang mengurai hendaklah dicairkan dengan air yang banyak dan dituang ke dalam sink.  
Cecair yang mudah terbakar hendaklah dibuangkan ke dalam botol kosong  dan dibakar di luar makmal.  JANGAN SEKALI-KALI dibuang ke dalam sink.  
C)    Pepajel
Bagi pepejal  yang tidak larut dan aktif, ia bolehlah dimasukkan ke dalam kotak bekas sisa.  
Natrium dan kalium hendaklah dimusnahkan dengan menukarnya menjadi garam (misalnya dengan mencampurkannya perlahan-lahan dengan spirit).  AMARAN : Perlindung mata hendaklah digunakan.  
Pepejal yang bertindakbalas dengan air, misalnya kalsium karbid, hendaklah dimusnahkan di tempat lapang dengan menuang air kepadanya  secara sedikit demi sedikit.  
D)   Kaca
Sebuah kotak bekas sisa yang khas membuang kaca mestilah diadakan.
E)     Haiwan yang dibelah
ia hendaklah ditanam sebaik sahaja selepas digunakan untuk mencegah lalat dan renga,
f)     Semaian hidupan seni  
semua semaian mestilah dicampur dengan formalin sebelum membuangnya.  

    PAMERAN SAINS SEKOLAH  
a.            Percubaan mengenai roket tidak dibenarkan.
B.            Setengah-setengah projek, misalnya pemancaran gelombang radio, memerlukan kelulusan dari pihak berkuasa. Oleh sebab itu guru hendaklah meminta kelulusan daripada pihak yang berkenaan terlebih dahulu.  
C.        Jika radas X-ray, pancaran pra-merah dan voltan tinggi yang digunakan . Langkah keselamatana yang memuaskan hendaklah  diadakan bagi para peserta dan pelawat. Guru penjaga mestilah mengawasi pameran ini setiap masa.  
D.        Projek yang melibatkan pengeluaran gas beracun tidak boleh dijalankan.
E.            Percubaan tidak boleh dibiarkan berjaalan bersendirian di dalam makmal . mesti ada dua orang yang mengawasi perjalanan percubaan.
F.        Sekurang-kurangnya mesti ada seorang guru yang menjaga pelajar -pelajar yang mengendalikan peojek bagi memastikan bahawa mereka mematuhi segala langkah keselamatan makmal.
G.        Bahan pengoksida hendaklah dicampaurkan atau digaul dengan bekas yang bersih. Pencemaran dari kekotoran (misalnya meja yang kotor) karbon dan surat khabar boleh mengakibatkan letupan.
H.        Jika masih ragu-ragu tentang keselamatan sesuatu projek itu, maka penolong pengarah matematik /sains negeri hendaklah dihubungi.
I)         Sekiranya sesebuah sekolah ingin menganjurkan sesuatu pameran sains, pihak sekolah perlulah menghantarkan senarai projek yang ingin dijalankan dalam pameran itu kepada penolong pengarah matematik sains negeri terlebih awal, Projek-projek yang yang melibatkan bahan kimia yang merbahaya mestilah dijalankan dengan panduan dan arahan guru yang bertugas

About me

Like us on Facebook