Breaking News
Loading...

Kenapa Urat Biru?

Share on Google Plus



Mengapa terdapat urat yang menyalurkan darah di tubuh kita berwarna biru?

Jantung kita selalunya mengepam darah ke seluruh tubuh. Sel darah merah membawa oksigen daripada paru-paru ke seluruh sel lain di dalam badan kita.

Oksigen menjadikan sel darah merah kelihatan berwarna merah terang.

Apabila sel-sel berkenaan selesai menyalurkan oksigen, sel darah merah akan kelihatan biru tua atau ungu.

Terdapat dua jenis urat darah. Arteri merupakan urat darah yang membawa darah berwarna merah terang yang kaya dengan oksigen keluar daripada jantung manakala urat pula menyalurkan semula darah berwarna biru tua yang tidak mempunyai oksigen ke jantung dan paru-paru.

Arteri terletak jauh di dalam badan kita tetapi urat terletak dekat dengan kulit kita.

Jadi urat darah yang berwarna biru itu adalah urat yang membawa darah balik ke jantung dan paru-paru untuk dipamkan dengan oksigen.

You Might Also Like

0 ulasan

About me

Like us on Facebook