Breaking News
Loading...

Ozon Perisai Kehidupan Bumi

Share on Google Plus

Kini  hampir semua daripada kita pernah mendengar perkataan ozon. Kalaupun tidak begitu memahami apa itu ozon, tapi pastinya ramai daripada kita yang sudah boleh mengaitkannya dengan perkataan-perkataan seperti CFC (kloroflorokarbon), pemanasan sejagat, lubang ozon dan kesan rumah hijau.


Perkataan ozon atau lebih tepat lagi lapisan ozon ini mula mendapat perhatian sekitar tahun 1980-an apabila saintis berjaya mengesan terdapat 'lubang' di lapisan ozon di Antartika.

Lapisan ozon adalah sesuatu yang tidak dapati dilihat dengan mata kasar. Ia terbentuk daripada tiga atom oksigen. Ia terbentuk secara semula jadi dalam lapisan atas atmosfera bumi.

Ia terhasil daripada tenaga matahari yang mengeluarkan radiasi ultra yang tinggi.

Radiasi itu berpecah menjadi molekul oksigen sekali gus melepaskan atom bebas di mana sesetengah daripadanya diikat dengan molekul oksigen yang lain untuk membentuk ozon.

Kira-kira 90 peratus daripada ozon di atmosfera terbentuk dengan cara ini iaitu meliputi di antara 15 sehingga 55 kilometer di atas permukaan bumi.

Bahagian ini dikenali sebagai stratosfera. Sungguhpun begitu, ozon yang hadir itu didapati terdapat dalam kuantiti yang sedikit iaitu maksimum tumpuan liputan hanya di antara 20 sehingga 25 kilometer.

Tumpuan ozon di dalam atmosfera bergantung kepada keseimbangan dinamik di antara sejauh mana ia terbentuk dan bagaimana pantas ia dimusnahkan.

Kenapa lapisan ozon penting untuk kehidupan di bumi?

Sebenarnya, lapisan ozon penting kerana ia menyerap radiasi ultra ungu (UV) daripada matahari untuk melindungi radiasi yang tinggi sampai ke permukaan bumi.

Radiasi dalam bentuk UV spektrum mempunyai jarak gelombang yang lebih pendek daripada cahaya yang nyata.

Radiasi UV dengan jarak gelombang adalah di antara 280 sehingga 315 nanometer (satu nanometer bersamaan satu milion daripada satu milimeter) yang dikenali UV-B dan ia merosakkan hampir semua kehidupan.

Dengan menyerap radiasi UV-B sebelum ia sampai ke permukaan bumi, lapisan ozon melindungi bumi daripada kesan radiasi yang merosakkan kehidupan.

Ozon Stratospheric juga memberi kesan kepada pengedaran suhu atmosfera yang memainkan peranan penting dalam mengawal suhu dunia.

Bagaimanapun, hasil kajian saintis mendapati lapisan ozon yang menjadi pelindung dan perisian kepada bumi daripada dirosakkan oleh radiasi UV-B ini didapati semakin menipis.

Gas CFC dikatakan antara punca kepada penipisan lapisan ozon ini.

CFC digunakan oleh masyarakat moden melalui pelbagai cara termasuklah dalam peti sejuk, bahan dorong dalam penyembur, pembuatan buih dan bahan pelarut terutamanya bagi kilang-kilang elektronik.

Sesungguhnya, usaha-usaha untuk mengelakkan penipisan ozon menjadi semakin serius kini dilakukan secara bersepadu oleh semua negara di dunia.

Usaha itu telah pun dimulakan secara serius melalui Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (UNEP).

Pada tahun 1977 lagi, UNEP telah mengambil tindakan Perancangan Dunia terhadap lapisan ozon dan dalam tahun 1987, satu kesefahaman dunia mengenai pengurangan pengeluaran bahan yang menyebabkan lapisan ozon telah ditandatangani iaitu Protokol Montreal.

Protokol ini memperkenalkan sukatan, termasuk tindakan-tindakan dalam mengawal penghasilan dan pembebasan CFC ke dalam alam sekitar.

Sesungguhnya semua penduduk dunia perlu memandang serius untuk mengatasi masalah ini jika kita mahu generasi masa depan mewarisi alam sekitar yang selamat untuk diduduki.

You Might Also Like

0 ulasan

About me

Like us on Facebook