Breaking News
Loading...

RAHSIA BERWUDUK

Share on Google Plus



SECARA dasarnya, berwuduk bermaksud menyucikan anggota-anggota badan tertentu dengan menggunakan air yang bersih mengikut tatacara yang ditetapkan oleh syariat. Berhubung dengan anggota ­anggota badan yang wajib dibasuh dengan air, Allah berfirman dalam Surah al-Maidah ayat 6 yang bermaksud,
 
"Wahai orang yang beriman, apabila kami hendak mengerjakan sembahyang (sedangkan kamu sedang berhadas kecil) maka berwuduklah, iaitu basuhlah muka kamu, kedua-dua belah tangan kamu sehingga ke siku, sapulah sebahagian daripada kepala kamu dan basuhlah kedua­ dua belah kaki kamu sehingga ke buku lali."
 
Selain anggota yang wajib ini, ada juga anggota lain yang sunat dibasuh air semasa berwuduk. Dalam sebuah hadis sahih, Humran melaporkan bahawa, "Uthman bin Affan meminta supaya (dibawa kepadanya) air untuk mengambil wuduk, lalu dia pun berwuduk. (Mula-mulanya) dia membasuh kedua-dua tapak tangannya tiga Kali, kemudian dia berkumur-kumur dan menyedut air ke dalam hidung serta menghembuskannya. Kemudian dia membasuh mukanya tiga Kali, membasuh tiga Kali tangan kanannya dan tangan kirinya (seperti itu juga). Kemudian dia menyapu sedikit daripada kepalanya diikuti dengan membasuh tiga Kali kaki kanannya meliputi buku lali dan seterusnya membasuh kaki kirinya (seperti itu juga). Sesudah itu dia (Uthman bin Affan) berkata, 'Aku melihat Rasulullah berwuduk seperti wudukku ini'." Hadis ini diriwayatkan oleh Bukhad dan Muslim. Hadis ini menceritakan berkenaan cara berwuduk yang sempuma sebagaimana yang pemah dilakukan oleh Nabi.
 
Di samping itu, semasa berwuduk anggota ­anggota badan yang berkenaan hendaklah diusap dan digosok dengan tangan. Antara hadis yang menjelaskan berkenaan keadaan ini ialah sabda Nabi yang diriwayatkan oleh Ahmad, Ibn Majah dan Tirmizi yang bermaksud, "Apabila kamu berwuduk maka gosok ­gosoklah antara jari tanganmu dan kakimu." Dalam dwayat yang lain oleh Daraqutni, sahabat Uthman bin Affan berkata, "Mahukah aku tunjukkan kepadamu cara berwuduk Rasulullah? Lalu dia membasuh mukanya dan tangannya sehingga dia menyentuh hujung lengannya, kemudian dia menyapu kepalanya, kemudian dia mengusap kedua-dua telinganya dan juga janggutnya dan kemudian membasuh kakinya."
 
Berwuduk mempunyai rahsianya yang tersendiri terutamanya dari sudut kesihatan. Dalam artikel bertajuk Muslims Rituals and their Effect on the Person's HealthMuslim Ritual and their Effect on the Person's Health (lbadah Muslim dan Kesannya Terhadap Kesihatan Seseorang) oleh Dr. Magomed Magomedov dari Akademi Perubatan Daghestan State, melaporkan bahawa berwuduk merangsang pusingan biologi manusia dengan merangsang kawasan-kawasan tertentu yang dikenal sebagai "Kawasan Aktif Biologi" (Biological Active Spots).
 
Menurut beliau, bangsa Cina banyak mengkaji berkenaan ilmu sains refleksologi. Orang Cina meyakini sekiranya "Kawasan Aktif Biologi" dirangsang, ia akan merangsang sistem saraf dalam badan. Hal ini sekali gus memberikan kesan positif terhadap kesihatan seseorang.
 
Menurut ilmu perubatan China, badan manusia mempunyai lebih kurang 700 "Kawasan Aktif Biologi" dan 66 daripadanya memberikan kesan positif yang segera sekiranya dirangsang. Daripada 66 ini, 61 daripadanya berada di kawasan wuduk utama umat Islam. Lagi lima berada di kawasan di antara buku lali dan lutut, iaitu kawasan yang disunatkan berwuduk.
 
 Berhubung dengan kawasan yang khusus (antara buku lali dan lutut) ini, Muslim meriwayatkan sabda Nabi yang bermaksud, "Antara kamu sesiapa yang mampu maka hendaklah dia memanjangkan ghurrah dan tahjeelnya." Ghurrah bermaksud membasuh muka melebihi kawasan muka yang biasa

You Might Also Like

0 ulasan

About me

Like us on Facebook